Rawatan pengelupasan, topeng kristal elak penuaan, pigmentasi

December 23, 2008 by admin  
Filed under Bahasa Malaysia

MENGIMPIKAN kulit muka halus, tegang dan bebas daripada jerawat adalah impian setiap wanita di dunia ini. Bagaimanapun, sikap malas dan alasan tidak mempunyai masa yang cukup menyebabkan wanita sering mengabaikan penjagaan diri sekali gus menggagalkan misi untuk kekal cantik.

Sebenarnya tidak susah untuk tampil menawan. Pemilik SR Beuty House di Kompleks Pertama Kuala Lumpur, Russelihas Mohd Zain, berkata wanita sering dibelenggu masalah kulit wajah berikutan kurangnya masa menguruskan diri akibat kesibukan tugasan di rumah dan pejabat.

“Sebenarnya wanita tidak perlu menghabiskan masa lama untuk memiliki kulit cantik, tegang, halus dan sihat. Mereka perlu mengamalkan perkara asas iaitu membersihkan muka sekurang-kurangnya dua kali sehari serta memadai dengan scrub serta memakai ‘mask’ kolagen dua kali sebulan.

“Semua rawatan ini boleh dilakukan di rumah tanpa memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak mengambil masa lama. Kulit muka adalah bahagian yang paling sensitif dan nipis jika kita mengalami alahan, kebiasaannya kulit wajah yang akan menunjukkan reaksi dan kesan ketara.

Beliau berkata, rawatan diamond peel dan topeng kristal yang disediakan di butik kecantikannya mampu mengubah penampilan wajah individu di samping mengurangkan risiko pigmentasi, penuaan, jerawat dan ruam sekitar muka yang mencacatkan penampilan individu.

“Topeng kristal mengandungi gel berasaskan ramuan semula jadi mampu menyejukkan kulit wajah, membaiki dan merangsang pertumbuhan sel kulit muka mati dan menggelupas berikutan alahan bahan kosmetik di samping membuang kotoran halus pada wajah.

“Rawatan ini sesuai untuk semua lapisan umur termasuk golongan tua. Selain tidak menggelupas kulit ia juga melambatkan proses penuaan serta membekalkan kolagen yang baik untuk kesihatan wajah individu,” katanya.

Beliau berkata, rawatan ini diyakini selamat kerana terhindar daripada penggunaan bahan kimia atau penggunaan teknik laser yang diguna pakai di kebanyakan pusat kecantikan. Katanya, rawatan selama lebih satu jam ini membuatkan individu tampil lebih berkeyakinan, muda dan selesa.

“Rawatan diamond peel ini menggunakan teknologi moden dengan menggunakan sejenis rod untuk menyedut sel-sel mati dalam lapisan kulit sekali gus meminimumkan risiko jerawat kerana mesin ini berfungsi sebagai alat pembersihan wajah

“Kulit individu perlu dibersihkan terdahulu sebelum discrub bagi memastikan kotoran yang melekat pada wajah hilang. Wajah individu diurut menggunakan kaedah urutan awet muda bagi melancarkan pengaliran darah sekitar muka sekali gus kekal bertenaga,” katanya.

Beliau berkata, bagi membuang bintik hitam dan putih yang bertapak pada pori-pori kulit, wajah akan diwapkan terdahulu antara sepuluh hingga lima minit. Proses wap ini tidak boleh dilakukan terlalu lama terutama bagi individu yang mengalami masalah kulit sensitif.

“Mesin diamond peel akan mengurut wajah iaitu secara menegak dan melintang. Ia tidak boleh digerakkan sesuka hati kerana dikhuatiri mencalarkan kulit muka sekiranya gerakan yang dilakukan salah. Mesin ini bersifat dwi sistem selain mengurut wajah agar kelihatan runcing ia menyedut sel mati serta membuang pigmentasi.

“Ia dilakukan selama 20 minit. sepanjang rawatan individu akan berasa sedikit kebas sekitar muka namun, ia hanyalah sementara. Selepas, rawatan, kulit individu dipakaikan topeng kristal selama setengah jam untuk membekalkan kolagen pada kulit selain mengekalkan kelembapan,” katanya.

Beliau berkata, rawatan ini juga sesuai bagi golongan yang mempunyai masalah lebihan lemak di muka terutama dagu dan pipi.

“Urutan mesin diamond peel juga mampu memecah lemak di sekitar kawasan berlemak. Malah, urutan awet muda yang menggunakan pendekatan refleksologi wajah mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus mengurangkan kepucatan wajah,” katanya.

Muka individu dipakaikan topeng kristal untuk menyejukkan wajah dan mengekalkan kelembapan.

Tip kurang kadar kolesterol dalam tubuh

December 23, 2008 by admin  
Filed under Bahasa Malaysia

UNTUK mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh seseorang, ia boleh dilakukan dengan terapi nutrisi iaitu melalui pengambilan makanan anti kolesterol yang boleh diperoleh dalam hidangan seharian individu. Hakikatnya, anda boleh membuat pilihan hidangan tepat dengan menggantikan lemak jahat dalam tubuh kepada lemak bermanfaat.

Dalam pengambilan makanan sehari-hari, terdapat beberapa makanan yang bersifat anti kolesterol iaitu berperanan membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh individu, membantu mengawal berat badan serta memberikan kesihatan pada jantung.

Limau nipis

Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti bawang merah) dan delima.

Ikan Tuna

Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal kenaikan kolesterol dan lemak jahat.

Tempe

Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.

Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung

Mangga

Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.

« Previous Page